Monday, May 31, 2010

isu

Celik Isu Perubatan Malaysia- Pandangan Anda??

Posted by: "dr_hafidz87" dr_hafidz87@yahoo.com dr_hafidz87

Sat May 29, 2010 5:21 pm (PDT)



Kementerian Kesihatan, MMA rumus skim '1 Care'

2010/05/29MELAKA: Kementerian Kesihatan sedang menyediakan kertas
cadangan bagi pelaksanaan skim "1 Care" yang akan menyaksikan klinik
kerajaan dan swasta bergabung bagi menyediakan penjagaan kesihatan lebih
baik kepada orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kementerian itu
dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) akan merumuskan mekanisme
berhubung pembahagian doktor dan klinik kesihatan di Sabah dan
Sarawak."Kementeria n sedang berunding dengan MMA kerana pada ketika ini
terdapat kira-kira 800 klinik kesihatan dan kira-kira 6,500 pengamal
perubatan am.
"Sistem 1 Care boleh menangani kekurangan doktor di banyak tempat dan
meningkatkan perkhidmatan, " katanya pada majlis makan malam sempena
mesyuarat tahunan ke-50 MMA di sini malam tadi.

Liow berkata, beliau telah memberikan taklimat kepada Datuk Seri Najib
Razak
mengenai cadangan skim 1 Care dan Perdana Mnteri amat teruja
dengan cadangan itu.

Beliau juga berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menangguhkan
sementara penubuhan kolej perubatan swasta berikutan kebimbangan MMA
mengenai kebanjiran doktor dalam beberapa tahun akan datang.

"Kami bersetuju dengan MMA untuk menangguhkannya supaya kami dapat
menumpukan kepada mengeluarkan doktor berkualiti," katanya.
Presiden MMA, Dr David Quek, dalam ucapannya berkata jumlah doktor di
negara ini boleh meningkat kepada antara 45,000 dan 50,000 menjelang
2015 dan 75,000 hingga 80,000 menjelang 2020.

Dr Quek berkata, setakat Mei tahun ini, terdapat 28 institusi swasta
diberi kelulusan dan menawarkan 37 kursus dan mengeluarkan antara 2,000
dan 3,000 doktor setahun, tidak termasuk kira-kira 2,000 lulusan doktor
dari luar negara.

Kini terdapat 31,273 doktor berdaftar di seluruh negara, dan dasar
kerajaan mencapai nisbah doktor-pesakit 1:600 boleh dicapai menjelang
2015. - Bernama

No comments:

Pesanan sepanjang masa, di mana jua.