Saturday, May 22, 2010

ibu~ ni lah yang klong cakap hari tu tu~ ^~^

Program Musim Cuti Panas PERUBATAN Di Malaysia
Posted by: "maro azwan" maroazwan@gmail.com maroazwan
Tue May 11, 2010 11:58 am (PDT)


Assalamualaikum warahmatullah

Semoga semua sahabat-sahabat di Iskandariah sihat sejahtera mengharungi
peperiksaan dan assignment.

Untuk pengetahuan sahabat semua, PERUBATAN akan menganjurkan beberapa
aktiviti sepanjang cuti musim panas di Malaysia.Antara program yang
dirancang ialah :

1. *Perkhemahan*

Program ini akan mengumpulkan ahli-ahli PERUBATAN dari seluruh pelusuk mesir
di Malaysia.Penglibata n sahabat-sahabat dari setiap muhafazah amat
dialu-alukan untuk bergaul rapat dan mengeratkan hubungan dengan
pelajar-pelajar dari muhafazah lain.Pelbagai pengisian dan aktiviti akan
dijalankan sepanjang program tersebut.

Tarikh pelaksanaan : Hujung Julai atau awal Ogos

2. *Program Khidmat Masyarakat*

Program ini lebih menjurus kepada program kebajikan dalam komuniti
masyarakat di Malaysia.Beberapa tempat kebajikan seperti rumah anak-anak
yatim, rumah orang tua, pusat pemulihan akhlak, dan sebagainya akan
dikenalpasti untuk dijadikan sasaran lokasi dan aktiviti.

Tarikh pelaksanaan : Fleksibel

Memandangkan sahabat-sahabat di *tahun 1 (2009/2010)* akan tamat peperiksaan
awal *(15/7/2010) *, pihak PCI mengharapkan penglibatan dari sahabat semua
sebagai mewakili PCI dalam program-program PERUBATAN di
Malaysia.Pelajar- pelajar tahun 2, 3 dan 4 digalakkan untuk menyertai
seandainya berkesempatan.

Untuk program perkhemahan, pihak PERUBATAN membuka ruang kepada sesiapa
sahaja yang pulang ke Malaysia serta berkelapangan untuk menjadi AJK
pelaksana program untuk bersama-sama menjayakan aktiviti ini.Kepada sesiapa
yang berminat untuk menjadi AJK Pelaksana program, sila hubungi individu di
bawah *sebelum 30 Mei 2010*.

Untuk program khidmat masyarakat, seandainya sahabat-sahabat semua mempunyai
sebarang idea tentang pelaksanaan program, atau sebarang cadangan tempat dan
lokasi program, ataupun ada dikalangan sahabat-sahabat yang mempunyai
hubungan rapat dengan mana-mana pusat kebajikan masyarakat di Malaysia,
jangan malu dan segan untuk hantarkan cadangan tersebut kepada individu di
bawah *sebelum 30 Mei 2010*.

· Qamarul Azwan Bin Kamaluzaman

Nombor Telefon : 0112453326

Email : maroazwan@gmail. com

Ym : maroazwan@yahoo. com

· Nurul Izyani Binti Rosley

Nombor Telefon : 0145576811

Email : n_izyani88@yahoo. com

Sebarang cadangan dan penglibatan sahabat-sahabat secara langsung mahupung
tidak langsung didahului dengan jutaan terima kasih dan penghargaan dari
PCI.

Sekian, Wassalam

--
Qamarul Azwan Bin Kamaluzaman
4th Year, Faculty Of Medicine,
Alexandria University, Egypt.

Timbalan Pengerusi 1,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2010/2011

No comments:

Pesanan sepanjang masa, di mana jua.