Friday, August 8, 2008

Assalamualaikum semua. Apa khabar, semuga sihat walafiat selalu.
Menjadi insan yang berjaya itu adalah bergantung kepada pilihan yang kita buat.
Berjaya atau gagal pada hari ini sebenarnya adalah merupakan semata-mata result dari apa yang telah kita pilih terdahulu, it is the results of what we choose. Kenapa kita pilih untuk menjadi cemerlang? It is part of our effort, our decision, and of course our niat and doa yang berterusan. Setiap amal itu bermula dengan niat, itu hadis nabi kita, pastinya tiada kesilapan jika kita amalkannya.

Soalnya kenapa manusia membuat pilihan yang tidak baik?
It is the meaning we give to pain and pleasure. Kalau kita lihat untuk jangka pendek maka tentulah lepak dan buang masa tu a pleasure, tetapi jika kita lihat ke hadapan, 10 tahun lagi, 30 tahun lagi, kita macam orang-orang tua yang kita lihat hari ini...lemah, sakit, etc. Ramain juga yang menyesal kerana tidak amalkan hadis nabi ...rebut 5 perkara sebelum 5 perkara.... jika begini kita berfikiran maka pain and pleasure itu akan bertukar menjadi lebih tepat.

Marilah kita sama-sama fikirkan pain and pleasure yang kita praktikkan dlam hidup ini, di Kuantan/Mesir, di Selandar, di Seremban atau di mana pun. Lihat lah lakaran penuh makna di hujung page ini, dari mana kita dan hendak kemana akhirnya. Apakah kita memilih yang terbaik atau sebaliknya.

Jaga diri hiasi peribadi selalu. Solat, doa, baca quran (and hafal quran) setiap hari. Semuga anak-anak manja abah ibu akan menjadi insan yang cemerlang dari hari ini, bukan bila dah tua, bukan esok tapi today!

Sekian wassalam.
Abah ibu.

No comments:

Pesanan sepanjang masa, di mana jua.