Monday, November 3, 2008

Pengalaman dan peristiwa sebagai librarian SMK S2

Dari meja jepun K Teh Nur Syarmin ;)

Dimulakan dengan
nama allah
yang maha pemurah dan maha penyayang.
Selawat dan salam kepada
Nabi Muhammad S.A.W
dan keluarga serta sahabatnya,tabiin,tabit tabiin.


Inilah pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama-sama merka yang sudi atau bersimpati dengan kisah saya ini agar menjadi contoh tauladan yang berguna.


Kisah ini bermula bulan Januari tahun lepas.Semasa perhimpunan pagi hari Isnin , ada satu penguguman mengatakan sesiapa yang ingin menjadi pustakawan sila berjumpa Pn. Zubaidah Bibi atau Pn. Roslinda.


Saya dan Ain terus berjumpa dengan Pn. Roslinda memberikan nama kami kepada cikgu itu.Beberapa hari kemudian , Pn. Zubaidah memanggil kami untuk sesi temu duga.Kami terus dipilih untuk menjadi pustakawan kerana sebelum ini kami pernah menjadi pustakawan.


Saya meminta kebenaran abah dan ibu untuk menjadi pustakawan.Saya memberikan banyak sebab untuk menjadi pustakawan.Akhirnya, abah dan ibu membenarkan saya untuk menjadi pustakawan.


Baju pustakawan sangat cantik.ia berwarna kelabu.Saya dan kakak saya tempah baju itu dengan Mak Cik Ani.Baju itu mahal harganya dalam lingkungan 60 ringgit.


Tiap-tiap hari kami di tugaskan untuk mengemaskan perpustakaan sebelum pulang ke rumah dan sekali seminggu bertugas semasa rehat.


Saya dan Ain sentiasa bertugas selepas balik tapi kadang-kadang tak bertugas semasa rehat.Yuran sebulan adalah 5 ringgit.Saya hanya bayar sebanyak 30 ringgit iaitu 6 bulan.Tujuan bayar yuran ini adalah untuk dinner akhir tahun.


Masa menjalankan tugas mesti ada cabaran nak di hadapi.Contohnya , malas nak bertugas dan tak bayar duit yuran.Saya pernah terfikir hendak berhenti dari menjadi pustakawan.


Saya tidak berani nak tanya abah dan ibu kerana mesti abah ibu tak benarkannya.Saya hendak berhenti menjadi pustakawan kerana tak ada kawan (Ain dah berhenti) , boring dan malas.


Beberapa bulan lepas , abah ibu dapat tahu saya tak datang bertugas.Mereka sangat marah pada saya.Abah ibu menyuruh saya supaya bertugas kembali.Tapi saya tak endahkan suruhan abah ibu.


Pada suatu hari , kakak menayakan saya jika saya nak jadi pustakawan.Tapi saya buat tak endah sahaja pertanyaan itu.Saya terus tak datang bertugas.


Pada hari Sabtu yang lalu , abah ibu dapat tahu bahawa saya tak datang bertugas lagi.Abah ibu betul-betul marah saya didenda supaya tak boleh menonton television dan kena hafal yasin.


Pada malam itu saya tak boleh tidur sebab kena yasin.Saya tidur lebih kurang pukul 1 pagi.Saya tidur dalam bilik abah ibu.Saya tidur tanpa bantal dan selimut.Malam itu sangat sejuk.Saya tidur dalam kesejukan.


Ibu kejutkan saya kerana masuk waktu subuh dan menyuruh saya mengejutkan adik-bradik saya.Selepas solat subuh , saya disuruh baca yasin dan hafalkannya.
Saya masih tak boleh menonton television malah dengar pun tak boleh.Masa sarapan saya tak boleh makan di depan kerana saya tak boleh tengok dan dengar bunyi dari television.


Pada hari Khamis lalu , abah suruh saya berjumpa cikgu untuk merayu kembali menjadi pustakawan semula.Tapi cikgu cakap dia akan beri surat letak jawatan dan saya beri surat rayuan.Cikgu akan mempertimbangkan rayuan itu.


Malam tadi kakak saya ada dinner di Allson Klana.Kakak saya tanya Pn. Zubaidah.Dia menerima saya semula kerana saya adik ketua pustakawan.


Saya berazam tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi.Saya berjanji apabila saya cakap ok maknanya kita kenabuat apa yang dijanjikan.Selain itu, saya berazam akan bertanggungjawab apa yang dilakukan.


Kesimpulannya , apabila melakukan sesuatu janganlah mengikut perasaan tapi berfikir dahulu.Kita mestilah bertanggungjawab atas apa yang dilakukan.Yang penting sekali kita mesti jadi IKAN(Tidak terikut-ikut orang di sekeliling).


Semoga kita dapat berkongsi segala pengalaman atau berita akan datang semoga cerita ini di jadikan sebagai teladaan kepada semua yang membaca cerita ini.Saya sangat gembira dapat mencerita serba sedikit tentang pengalaman ini.

No comments:

Pesanan sepanjang masa, di mana jua.