Saturday, February 21, 2009

Pengalaman kakteh menghafal yassin

Assalamualaikum.Hari ini kak teh nak kongsikan pengalaman menghafal yassin selepas kena marah dengan abah sebab tak jadi librian dulu.Masa kena marah tu , abah ada denda hafalkan yassin.

Kak teh kena hafal yassin malam tu juga.Malam tu kak teh hafal sikit sahaja.Selepas tu , ibu bangun suru kak teh tidur.

Bila abah dah bangun , abah kejutkan kak teh dan menayakan tentang hafal yassin.Selepas mandi kak teh kena sambung balik menghfal semula.kak teh tak dibenarkan kak teh menonton television.

Kak teh langsung tak boleh melihat malah mendengar suara television.Pada masa itu , kak teh hanya hafal lebih kurang 50 ayat.Abah menyuruh kak teh hafalkan yassin kalau tidak tak boleh tidur malam tu.

Malam tu kak teh , kakteh hafal sampai ayat lebih kurang 70 ayat.Kak teh terus tidur kerana mengantuk sangat.Ibu kejutkan kak teh pagi esoknya kerana ingin bertanyakan tentang yassin.Kak teh beritahu abah kak teh hafal sampai ayat 70 pada malam itu.

Lepas subuh kak teh kena habiskan yassin.Alhamdulillah kak teh dah hafal yassin.Kak teh memberitahu abah dan ibu yang kak teh sudah hafal yassin.Abah mendengar kakteh membaca sampai habis surah tersebut.Kak teh dah boleh menonton television sikit-sikit dahulu.

Macam tulah pengalaman kak teh membaca yassin dahulu.Kak teh harap dapat berkongsikan pengalaman kakteh lagi.Wassalam.....

No comments:

Pesanan sepanjang masa, di mana jua.