- 10.
-
[all] STAILO-PESONA SELENDANG
Posted by: "abdul rahim" ars_slumb@yahoo.com ars_slumb
Thu May 20, 2010 7:28 pm (PDT)
Assalamua'laikum wbt.Semoga iman sahabat-sahabiah sekalian sentiasa berada dalam keadaan sejahtera. Satu artikel yang menarik dari Ummu Husna sebagai peringatan semula kepada kita semua seandainya kita lupa. Untuk akhawat bacalah, fahamilah dan amalkanlah dengan hati yang terbuka serta ikhlas, dan kepada ikhwah bacalah, fahamilah dan sampaikan kepada kaum wanita yang kita kenali seperti ibu, ibu saudara, adik dan kakak perempuan, sepupu perempuan kita, nenek kita dan rakan-rakan wanita kita. Sama-samalah kita bimbing diri kita dan orang sekeliling kita ke arah pengamalan ajaran Islam yang sebenar. Hidayah itu perlu dicari, dijejaki dan diusahakan bersungguh-sungguh. "Jom bina biah solehah di Iskandariah "
BUAT MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... . Dicatat oleh
Ummu Husna on 20 May 2010
Saya sering bermonolog tatkala bersendiri,
terutama saat mata terhenti membaca apa-apa berita dan hal ehwal terkini wanita hari ini. Hati disayat pilu melihat tubuh-tubuh Muslimah yang
masih banyak dimanipulasi sebagai daya penarik. Tanpa saya menafikan,
seringkali keadaan itu beriringan dengan ‘perbalahan’ dari dua sisi di
lubuk jiwa yang paling dalam.
Sisi gelap dari syaitan
Laknatullah yang membisikkan rasa tidak kisah. Biarkan sahaja...bukankah wanita-wanita itu telah memilih jalan kehidupan mereka? Lalu, mengapa
perlu menyibukkan dirimu?
Namun, sisi kedua yang memancarkan
cahaya Ilahi berbisik sebaliknya.
Sayangkah saya kepada
wanita, apatah lagi muslimah seperti saya…andai tika melihat mereka
hanyut dilambung ombak dunia yang bergelora, saya hanya berdiam tanpa
usaha?
Kasihkah saya pada keturunan Hawa, jika saat melihat
mereka semakin asyik dibuai alunan nafsu, saya hanya diam membatu? Kaku
dan bisu.
WANITA DAN ‘TREND’
Sebetulnya,
saya tidak mahu terlalu kerap menyentuh tentang wanita dan segala
perhiasannya yang indah. Sudah cukup rasanya beberapa peringatan yang
tidak seberapa dari saya lewat artikel-artikel sebelum ini. Akan tetapi, sebaik menerima beberapa pertanyaan tentang trend terkini
pakaian Muslimah yang semakin menjadi-jadi, saya kembali meniupkan
semangat diri untuk saling nasihat menasihati. Pertanyaan tersebut saya
ambil dari ruang komentar pada artikel, Tsunami Dosa :
Salam,
Saya nak bertanya pasal wanita. saya ada terlihat kawan saya post : ~
Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian
tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat) . Di atas kepala mereka
pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol
unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya
mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat~
Yang pasal sanggul tu betul ke ye? Minta pandangan.
Saya membuka lembaran al
Quran untuk mengambil pedoman dan kekuatan. Ayat di bawah ini sungguh
menggetarkan jiwa kehambaan bila mengingatkan amaran Ilahi dan Rasul
yang dicintai.
Allah SWT berfirman:
لُعِنَ الَّذِينَ
كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ
مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُون َكَانُواْ لاَ
يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ
Maksudnya : “Orang-orang kafir dari Bani israil telah dilaknat
melalui lisan Daud dan Isa, Putera Maryam. Yang demikian itu kerana
mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka tidak saling mencegah
perbuatan yang selalu mereka perbuat. Sungguh, sangat buruk apa yang
mereka perbuat“. ( Surah Al-Maidah ayat 78-79 )
Ibnu Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW, usai membaca ayat
tersebut, Baginda bersabda:
“Demi Zat yang jiwaku berada ditangan-Nya, hendaklahlah kalian menegakan amar ma’ruf dan nahi munkar, membimbing orang yang buruk akalnya dan meluruskanya agar
sejajar dengan kebenaran. Jika tidak, sungguh Allah akan melenturkan
hati sebahagian kalian atas hati sebahagian yang lain dan akan melaknat
kalian sebagai melaknat mereka“.
SEUMPAMA BONGGOL UNTA
Kenyataan yang jelas terpampang di dalam masyarakat
kita hari ini, ramai wanita menghambur wang ringgit untuk mendapatkan
pakaian yang cantik menawan, perhiasan yang bergemerlapan, bahan-bahan
kecantikan, peralatan solek yang berlebihan dan seumpamanya. Golongan
ini mudah terikut dengan arus fesyen kontemporari atau perkataan
lainnya, trend, tanpa mengambil tahu terlebih dahulu persoalan
hukum dan kewajarannya menurut pandangan agama.
Sedangkan
jika diperhalusi secara matang dengan berpandukan kebenaran, semua itu
tidak banyak menjana atau menambah kemajuan perekonomian sejagat dan
tidak pula meningkatkan taraf hidup masyarakat. Bahkan sebaliknya, ia
hanya menambah beban dan tanggungan yang maha berat kepada ummat kerana
dilakukan TANPA menurut aturan syari’at.
Kata-kata yang
disertakan di dalam pertanyaan di atas, sebenarnya bersumber dari sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Akan muncul
dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid.
Wanita-wanita mereka( isteri atau anak perempuan mereka ), berpakaian
tetapi seperti bertelanjang ( nipis dan ketat). Di atas kepala mereka
pula terdapat bonggolan seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh
itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita
yang terlaknat”. ( Hadith riwayat Ahmad )
Dan
juga sabda Nabi SAW :
صنفان من أهل النار لم أرهما بعد قوم معهم
سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات
رؤسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا
Maksudnya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat kedua-duanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang ( iaitu penguasa yang kejam), (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian
tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan
mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar
punuk unta. Mereka ini tidak akan bisa masuk syurga, dan tidak akan
mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan
demikian dan demikian." (Riwayat Muslim, Babul Libas)
Dari hadis ini, Rasulullah SAW memberi amaran tentang dua golongan yang
menghuni neraka, dan salah satu daripadanya ialah wanita yang
mendedahkan aurat, mereka berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang dek pakaian yang disarung amat nipis, ketat dan sendat. Masih menampakkan
lekuk dan bentuk tubuh. Juga, mereka tidak mengambil langkah
berjaga-jaga untuk menyempurnakan penutupan aurat sebagaimana yang
disyari’atkan agama.
Jujurnya, rambut wanita yang disifatkan oleh Junjungan Mulia itu sebagai sebesar punuk unta atau bonggol unta sedang berlaku secara meluas dan digayakan tanpa rasa bersalah. Segalanya
bermula dari daya tarik inginkan kecantikan yang ada pada wanita yang
mengenakan trend tersebut dalam berpakaian ketika mereka keluar bergelandangan di dalam masyarakat. Walaupun telah mengenakan
tutup kepala, tetapi hakikatnya mereka masih ingin mempamerkan keindahan dengan meninggikan ikatan sanggul di kepala. Dikatakan, gaya
sedemikian dapat menjadikan pemakainya kelihatan lebih seksi dan
menawan.
Lebih malang, bagi wanita yang tidak memiliki rambut
panjang, mereka sanggup membeli sanggul tiruan untuk turut serta
memeriahkan gaya terkini lagi ranggi itu. Tanpa sedar, dua
kesalahan telah mereka lakukan. Dosa memakai rambut palsu, walaupun
tersorok di sebalik tudung yang dikenakan; dan kedua, dosa bertabarruj ( berhias dan mempamer kecantikan serta keindahan pada wajah dan tubuh
badan kepada yang bukan muhrim ) yang amat dilarang.
Berita
tentang itu, boleh dibaca di sini.
Tidakkah timbul rasa gerun dan gentar di hati para
Muslimah yang membaca hadis ini bila mana Rasululullah menyatakan
golongan yang melakukan dosa seumpama ini sebagai penghuni neraka Allah? Na’uzubillah…
KREATIF
SENI
Situasi ini disemarakkan lagi dengan kehadiran pereka-pereka busana Muslimah yang menyatakan
mereka mahu membantu Muslimah ( yang perlu menyahut seruan menutup aurat tetapi dalam masa yang sama tetap mampu tampil bergaya, anggun lagi
mencuri tumpuan ) untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Sayangnya, mereka tidak menyedari atau mungkin kurang mengerti bahawa rekaan yang
dikeluarkan itu tidak selari dengan kehendak Ilahi sebaliknya ia hanya
meletakkan martabat ajaran Islam di bawah nama kreativiti seni.
Apabila ada suara-suara berkumandang menegur hasil seni mereka yang tidak
sefahaman dengan ajaran murni Islam, mereka mulai rasa tergugat dan
membantah menggunakan hujah akal yang banyak diwarnai nafsu kepada
dunia.
Dakwa mereka:
“Apa salahnya Muslimah berfesyen arus kontemporari? Bukankah ini lebih bermanfaat untuk menarik lebih ramai
orang bukan Islam melihat keindahan Islam yang dipamerkan dari pakaian
dan perhiasan. Walaupun Muslimah menutup aurat, bertudung kepala dan
mengenakan hijab, tetapi mereka tetap dilihat cantik dan menawan,
mengikut arus fesyen semasa, tidak kolot atau jauh ketinggalan.”
“Kami membantu Muslimah untuk lebih yakin diri. Mereka hidup dalam suasana
semasa yang mana wanita semakin berada di depan bersama lelaki. Jadi,
rekaan sebegini mampu menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan
berpersonaliti.”
Ingatlah, jika kreativiti seni dan kehendak
manusia dijadikan sebagai satu piawaian atau kerangka nilai, maka akan
terjadilah kekacauan dan kepincangan.
BISIKAN IBLIS
Allah SWT menggambarkan orang-orang yang lebih mengutamakan kebenaran logik
akal, juga kehendak dan kesukaan manusia ramai daripada kebenaran wahyu
adalah identik dengan sifat orang-orang yang lalai dan termakan hasutan
syaitan. Firman-Nya :
وَلاَ تَأْكُلُواْ مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ
اسْمُ اللّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ
لَيُوحُونَ إِلَى أَوْلِيَآئِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ
Maksudnya : “Dan
janganlah memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada
pengikut-pengikutny a agar mereka membantah kamu; dan jika kamu menuruti
mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang yang musyrik.” ( Surah Al-An’am ayat 121 )
Sifat iblis dan syaitan yang
terus menerus diperjuangkannya ialah menyanggah dan menolak kebenaran
demi mempertahankan pandangan dan pendirian yang menyalahi ajaran Allah
SWT. Justeru, tidak hairan, hakikat yang berlaku ialah bukan ia tidak
mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, tetapi karena memang ia
tidak mau mengikut dan tunduk pada kebenaran tersebut.
Allah
SWT juga mengingatkan :
يَا بَنِي آدَمَ لاَ يَفْتِنَنَّكُمُ
الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ
عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْءَاتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ
هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا
الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاء لِلَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ
Maksudnya : “Hai anak Adam! Janganlah kamu sekali-kali dapat ditipu
oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari
syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan
kepada keduanya aurat mereka.” ( Surah Al-A’raf ayat 27 )
ALAT DAN TUJUAN
Saya bukan mahu menafikan fitrah seorang
wanita. Juga, jauh sekali dari meletakkan diri saya sebaris dengan
orang-orang yang anti kepada fesyen-fesyen terkini. Tidak sama sekali.
Kerana jujurnya saya juga punya naluri ingin tampil mempesona. Juga
turut tertarik dengan busana yang sungguh indah dan cantik di mata.
Saya akui dan sedar semua wanita mempunyai keinginan itu.
Cuma,
saya berhasrat untuk mengajak wanita bergelar Muslimah memahami dan
meneliti setiap tindak tanduk mereka. Menggunakan kecerdasan akal yang
dikurniakan oleh Allah Yang Maha Esa untuk lebih bijak menggunakan
kecantikan bagi mencapai matlamat yang benar. Kecantikan dan
perhiasan yang ada pada mereka, tidak lebih dari hanya sebuah ‘alat’,
bukan tujuan.
Andai betul dan benar bawaan kita
dalam menggunakan alat itu, maka besar pula potensi kita mencapai
tujuan. Sebaliknya, jika salah bawaan kita, walau sedikit sahaja, maka
‘alat’ itu tidak lagi memberikan manfaat dan KEBAIKAN, bahkan ia boleh
berubah menjadi gunting dalam lipatan. Atau lebih buruk dari itu, ia
menjadi senjata makan tuan!
Lihatlah sekeliling kita dengan
penuh keinsafan dan rasa belas seorang perempuan, bagaimana sejumlah wanita Muslimah yang telah tersasar menggunakan kecantikan yang
dianugerahkan. Gadis remaja bersaing untuk kelihatan paling
menawan, wanita dewasa saling berlumba untuk kelihatan cantik bergaya.
Kesannya, gejala seks bebas kian melata akibat dari wanita tidak menjaga penampilan dan lelaki semakin sukar memelihara pandangan. Ditambah lagi dengan kemunculan wanita-wanita penggoda yang menyebabkan rumahtangga
wanita lain berantakan dan lain-lain lagi. Semua itu ada mukadimah atau
rangsangannya dan antara mukadimah itu ialah bertabarruj.
Justeru itu, Islam menggesa kaum wanita agar memelihara dirinya dari kecantikan yang memperdayakan dan mengarah kaum lelaki supaya tidak melihat kaum
wanita dengan pandangan yang bersumber dari syaitan. Allah SWT
berfirman:
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ
وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ
بِمَا يَصْنَعُونَ
Maksudnya : “Katakanlah kepada
kaum lelaki daripada golongan yang beriman, hendaklah mereka mengawal
penglihatan mereka dan menjaga kehormatan kemaluan mereka.” ( Surah an-Nur ayat 30 )
Kerana itu, perlu saya tegaskan
bahawa tujuan seorang wanita berhias cantik adalah untuk menambah kasih
dan cinta lelaki bernama suami, menghangatkan ikatan yang telah
dihalalkan atas nama Tuhan Yang Maha Esa. Dan akhir dari itu semua
pastilah demi mencapai kesejahteraan dan keredhaan-Nya.
MUSLIMAH SOLEHAH YANG BEBAS
Saya menemui satu pengakuan tulus
dan jujur lewat tulisan seorang wanita Barat bernama R. Stevenson di
dalam The Toronto Star bertarikh 23 Januari 2002, berhubung
etika pemakaian wanita Islam. Sebagai seorang Muslimah, saya amat
terharu membaca kata-katanya itu. Menurut beliau:
“While
out for dinner last week with colleagues, we sat beside three
20-something women. There was the usual posing and glances exchange, and as they paid their bill two Muslim women entered and sat nearby.
Whispers were quickly exchanged and we could hear, "Why do they wear
those things anyway?" ... "I feel sorry for them" ... and so on.
As they filed out of the restaurant with guests, we noticed they spotted a mixed collection of the following: skin tight pants, short skirts,
exposed midriffs, push-up bras, high heels, jewelry, see-through or
plunging tops, piercings, lipstick and makeup, and one had breast
implants for certain.
We observed the two Muslim women as
they were engaged in close conversation over coffee. Their graceful
features complimented their dark headscarves and warm eyes. Their
natural gestures were flirty without even trying - revealing natural
beauty. And their clothes, while conservative, brought forth the hidden
potential of something wonderful and truly feminine. The idea of
dressing modestly terrifies some western women - but why? Perhaps it
would trample their "right" to show off. Would their self-esteem fall
along with their hemlines?
After some debates, we identified
the cost of the western "right" to flaunt. The Muslim women were free from the fashion trap - free to "just be" without posing,
comparing, dieting and spending for the approval of men and each other. And they looked more desirable to us than the exhibitionists who were
in the restaurant and parading on the sidewalk. The sexual displays in
our culture are so mainstream and competitive that modesty is seen as
regressive. Yet, long term, when a man looks past the tight pants and
heels, he will ultimately detect not confidence, but a certain
unattractive desperation. Modest women don't have that
desperation - they don't compete in the arena of vanity. They have
themselves - and that's the kind of attraction with legs to last the
long run.
Remember that the next time you feel sorry for a Muslim woman.”
UNTUK MUSLIMAHKU YANG DIKASIHI…
Akhirnya, wahai Muslimahku….
Insafilah, bahawa ketika ini musuh-musuh Islam begitu memerhatikan kedudukan
wanita Islam dan kepada siapa dia dapat memberikan pengaruhnya. Seorang
Muslimah itu, hidupnya adalah sebagai seorang ibu, sekaligus sebagai
guru dan pembangun generasi yang makmur dan padu.
Justeru
itu, mereka berusaha sedaya upaya untuk menghancurkan moral dan akhlak
Muslimah, merentap ‘pakaian’ Deen yang benar, mengoyak ‘hayaa’ ( rasa malu ) dari menutupi tubuh badan, fikiran dan tindakan mereka
sehingga kesannya nanti, moral dan akhlak anak-anak Muslim, pembangun
masa depan sebagai tiang-tiang ummat, akan turut hancur dan rosak. Jika
keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa rawatan, kelak tiang ini akan
hancur lunyai bak dimakan anai-anai. Hilanglah kekuatan Ummah. Generasi
pewaris semakin lemah, maka apa yang akan terjadi pada masa depan umat
Islam ? Mungkinkah hanya tinggal sejarah ?
Tidakkah sebak di
hati kita membayangkan ummat Islam di zaman Rasul dan salafussoleh,
mereka cemerlang dan tinggi di mata dunia kerana meletakkan kebenaran
menguasai hawa nafsu. Berbanding kita hari ini…semakin lemah dan
diperlekeh kerana nafsu merajai kebenaran sehingga sanggup mengenepikan
wahyu dan aturan Tuhan.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama,
dalam menghadapi situasi yang gawat dan kritis ini, untuk kembali kepada kehendak Allah SWT yang menginginkan agar manusia berusaha
mengendalikan hawa nafsu berwahanakan ilmu. Ilmu yang yang diwariskan
oleh Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat, tabi’in,
tabi’ al-tabi’in, dan para ulama yang sentiasa prihatin dengan ajaran
dan sunnah Rasul-Nya.
Muslimah tercinta…
Kata-kata saya
ini bukan baru, namun ia adalah peringatan untuk kita semua. Semoga
Allah SWT mengurniakan manfaat yang ada padanya dan mengalirkan kesannya pada hati dan jiwa kita dengan kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan.
Ketahuilah, kita kini umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan, sedang menunggu
kapal yang akan membawa kita ke destinasi terakhir di sebuah dataran
besar, iaitu akhirat yang lebih kekal. Tingkatkan ketaatan kepada Allah
dan Rasul-Nya dan carilah apa yang menyenangkan Allah bagi memungkinkan
kita meraih komoditi yang tidak terbanding nilaiannya..
Bahawa kita semua punya harapan untuk Al- Jannah. Syurga yang
tersedia untuk golongan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada
Allah.
Persoalannya : Layakkah kita ? Renungilah bicara
puitis ini....
Elaika with english translations.
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
http://ummuhusna99. blogspot. com
Jumpa lagi, InsyaAllah.
____________ _________ _________ __
JANGAN LUPA UNTUK MENGHADIRI TALK SIR IDRIS TAWFIQ HARI NI DI CONVENTION CENTER. JUMPA ANDA DI SANA!!!
-
No comments:
Post a Comment