Monday, March 23, 2009

Bismillahirrohmannirrohim.
Seorang majikan punya dua orang pekerja. Si A ni lembap sikit dan tidak boleh diharapkan sangat utk menjalankan tugasnya. Si B pula, makomnya lebih tinggi, barangkali akal or IQ dia ni lebih power, tinggi memory RAM kot.

Pada satu hari si majikan nak membeli sebuah monitor computer, lalu dipanggil si A, diberi rm500 dan disuruh pergi kekedai komputer belilah apa yang patut, jangan melebihi pula budget tersebut.

Si B pula ditugaskan untuk membeli satu set computer parts, hard disk, keyboard, flat screen, mouse, memory card, software, operating system, anti virus, word processor, spread sheet, autocad, corel draw, dan baaanyak lagi. Si majikan bimbang kalau ni B ni tersilap lalu dituliskan kesemua bill of material tu dan dibekalkan bersama-sama dia. Memandangkan si B ini lebih berakal, dan tugasnya lebih besar maka si majikan pun memberikannya rm5000.

Si B telah pergi ke shopping complex lalu membelanjakan kesemua duit yg diberi tetapi tidak pernah rujuk atau buka list yang diberikan. Dia punya syok, lalu beli apa saja yang dia nampak dan apa yang difikirkan sahaja.

Now, bila si B balik pejabat, agak-agak apa yang akan dilakukan oleh majikan, kena pecat kok.

Tuan-tuan, kita ini makhluk ciptaan allah yang paling baik, dan kita diberi alkitab (alquran). Kalaulah kita habiskan umur kita 60 70 tahun tanpa membuka kitab kita, nanti bila kita balik kg akhirat berjumpa allah, agaknya apa yg akan berlaku pada diri kita? Kita bukannya haiwan, seperti lebah atau anjing. Mereka tiada alkitab.

Marilah kita sama mebuka alkitab, membacanya sepanjang hidup kita ini, mempelajari ilmunya kesemuanya sekali, dan mengamalkan setiap ajarannya mengikut sunnah rasulullah s.a.w. Jika boleh, malah patut kita hafalkan kesemuanya agar dapatlah kita mengamalkan dan menyebarkan. Mudah-mudahan kita semua akan memahaminya dan tolong sampaikan kepada kawan-kawan kita yang lain agar semua kita akhirnya akan masuk syurga allah di kg akhirat dengan keredhaanNya. Amin.
Dipetik dari kuliyyah U Zahazan IKIM.FM 230309.

No comments:

Pesanan sepanjang masa, di mana jua.